Lapor Mirror, Dalton Cottrell, 22, dilaporkan lemas apabila dihanyutkan ombak kuat yang membadai pantai berkenaan.

Insiden tragis itu berlaku tiga hari selepas melangsungkan perkahwinannya dengan isteri, Cheyenne, 22.

Pasangan tersebut memutuskan untuk berkunjung ke pantai tersebut sempena cuti bulan madu mereka.

Kematian Cottrell diumumkan Cheyenne menerusi sebuah gambar yang menyentuh perasaan di laman Facebook.- AGENSI