Lapor BBC memetik beberapa saksi sebagai berkata, serangan di Masjid Al Noor itu mengakibatkan beberapa orang mengalami kecederaan.

“Pada mulanya kami menyangka ia adalah bunyi kejutan elektrik tetapi kemudiannya semua orang melarikan diri.

“Saya masih ada rakan dalam masjid tersebut. Saya takut sekiranya mereka ditembak,” kata saksi, Mohan Ibrahim.