"Keadaan beliau kini stabil dan masih diberikan sistem pengalihan udara mekanikal di unit rawatan rapi (ICU).

"Beliau dalam keadaan sedar dan stabil,’’ kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Kuan Yew yang menyambut ulang tahun ke-91 pada September lalu dimasukkan ke hospital pada 5 Februari lalu.

Walaupun Kuan Yew telah mengurangkan kehadirannya pada majlis keramaian dan politik, kesihatannya dipantau rapi memandangkan beliau masih dipandang sebagai tokoh berpengaruh bagi kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yang juga anak sulung beliau.

Beliau bersara daripada jawatan kerajaan pada 2011 selepas meletak jawatan dalam Kabinet selepas Parti Tindakan Rakyat (PAP) menunjukkan pencapaian paling teruk pada pilihan raya umum sejak Singapura mencapai kemerdekaan pada 1965. - REUTERS