Difahamkan bas berkenaan terbabas dan melanggar sebatang lampu jalan yang kemudian menembusi bahagian hadapan kenderaan itu.

Para penyelamat berhempas pulas untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam bas berkenaan walaupun pihak polis masih belum mengetahui jumlah penumpang yang masih berada dalam bas itu.

Menurut pihak polis, mereka yang terkorban ialah 17 penumpang lelaki dan dua penumpang wanita.

Setakat ini punca nahas masih belum diketahui tetapi akhbar tempatan yang memetik kenyataan penumpang mendakwa pemandu bas itu memandu dengan laju sebelum kemalangan berlaku. - AFP

habis.