Menurut Ketua Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional, Nurcahyo Utomo, pihaknya masih menunggu data daripada Boeing.

"Setelah kita mendapat data, ia akan dimasukkan dalam deraf laporan akhir yang akan dihantar kepada semua pihak berkepentingan termasuk Boeing, Lion Air dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) bagi maklum balas.

"Saya masih berharap kita dapat keluarkan laporan akhir pada Oktober nanti," katanya. - AFP