Jurucakap tentera perikatan diketuai Arab Saudi, Turki al-Malki berkata, seramai lapan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Katanya, 18 mangsa lagi dibenarkan pulang selepas menerima rawatan awal.

“Peluru berpandu tidak diketahui itu mengenai lapangan terbang yang digunakan ribuan penumpang setiap hari.

“Sekurang-kurangnya seorang warga India antara tiga wanita yang cedera bersama dua kanak-kanak Arab Saudi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemberontak Houthi berkata, mereka melancarkan peluru berpandu ke lapangan terbang di bandar dikawasan resort pergunungan berkenaan.

Penerbangan yang terganggu akibat serangan itu kembali normal tidak lama kemudian.

Tambah Turki, insiden itu digambarkan sebagai ‘serangan pengganas’ terhadap sasaran awam yang mana boleh dianggap sebagai ‘jenayah perang’.

“Tentera perikatan akan ‘mengambil tindakan tegas’ untuk menghalang pemberontak dan melindungi orang awam,” katanya.

Isnin lalu, pertahanan udara Arab Saudi memintas dua dron pemberontak yang menuju Khamis Mushait. – AFP