Dalam kejadian pada kira-kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan itu, pertempuran dengan lebih 100 ahli kumpulan tersebut berlaku ketika pasukan tentera mengejar suspek serangan gereja di pekan Patikul, wilayah Sulu.

Jurucakap Pusat Perintah tentera di barat Mindanao, Kolonel Gerry Besana berkata, pertempuran dengan kumpulan tersebut berlangsung selama dua jam mengorbankan lima nyawa anggota tentera manakala 15 militan cedera.- REUTERS