Kejadian berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan saluran paip di Oyigbo dekat pelabuhan Harcourt dilakukan.

Jurucakap polis, Nnamdi Omoni berkata, angka kematian dijangka meningkat.

“Beberapa individu di lokasi kejadian mencedok bahan-bahan bakar yang tertumpah ketika kejadian berlaku,” katanya.

Penguatkuasa bagaimanapun tidak menolak berlakunya unsur-unsur khianat dalam kejadian itu.- AFP