Pengurus Jabatan Pemuliharaan, Dave Carlton berkata, kira-kira 90 ekor paus ditemukan di pantai pulau itu yang terletak kira-kira 800 kilometer South Island, semalam.

Katanya, sebaik sahaja pihak renjer tiba di pantai pulau Chatham awal hari ini, 50 daripadanya telah mati, seekor masih terperangkap manakala selebihnya berjaya kembali ke laut.

Kejadian ini merupakan yang kelima di negara ini dalam tempoh kurang seminggu termasuk sebanyak 145 paus yang kesemuanya mati selepas terdampar di pulau Stewart, selatan pantai South Island, baru-baru ini. - AFP