Pengenalan stesen radio tersebut oleh pihak berkuasa adalah sebahagian daripada usaha untuk menangani stigma terhadap penyakit mental di kalangan masyarakat.

Al-Jazeera melaporkan, idea pembukaan radio tersebut dikemukakan oleh seorang pelajar jurusan psikiatri yang menjalani latihan di sebuah wad psikiatri tertua di negara ini dan timbul selepas anggota keluarga dan rakan-rakannya sering bertanyakan pelbagai soalan berhubung pekerjaannya itu terutama berhubung pesakit mental.

Justeru. pelajar tersebut menyatakan, pesakit tersebut perlu diberikan peluang menunjukkan kemampuan mereka.

Radio la Colifata yang bermaksud orang gila disiarkan dari Hospital Jose Borda di sini setiap petang Sabtu sejak 23 tahun lalu.

Pesakit-pesakit hospital berkenaan menerbitkan dan menyediakan kandungan program yang akan disiarkan dan bahan-bahan berkenaan meliputi isu politik hingga sukan.

Berjuta-juta rakyat Argentina dilaporkan mendengar stesen radio tersebut setiap kali waktu siarannya.

Pengenalan radio itu bukanlah bertujuan untuk menjadikannya sebagai badan penyiaran berita utama namun dikatakan bahan-bahan yang disiarkan sememangnya setanding radio-radio utama.