Amnesty International berkata, mereka yang ditahan berdepan beberapa pertuduhan termasuk terlibat dengan perhimpunan haram, menyebar berita palsu dan kesalahan keselamatan.

“Pihak berkuasa Kuwait telah menahan secara arbitrari lebih 12 orang termasuk pejuang hak asasi manusia terkenal, Abdulhakim al-Fadhli dan aktivis lain.

“Protes aman itu meminta hak lebih besar buat kumpulan tidak mempunyai warganegara dikenali sebagai Bidun,” katanya. - AFP