The Straits Time melaporkan, Menteri Alam Sekitar Ecuador, Marcelo Mata dalam akaun Twitter miliknya memberitahu kura-kura betina dewasa spesies ‘Chelonoidis Phantasticus’ itu dijumpai dalam satu ekspedisi yang diketuai pihak berkuasa ‘Galapagos National Parks’ dan kumpulan Konservasi Galapagos,

Menurutnya, haiwan tersebut telah pupus lebih 100 tahun namun tidak memberikan ulasan lanjut.

Sementara itu, pihak Konservasi Galapagos dalam laman webnya berkata, satu-satunya spesimen ‘Chelonoidis Phantasticus’ diambil semasa ekspedisi Akademi Sains California pada April 1906.

“Walaupun dianggap telah pupus disebabkan letusan gunung berapi pada abad lalu, pemerhatian anekdot menunjukkan masih terdapat beberapa ekor yang masih terdapat di pulau berkenaan,” katanya. -AGENSI