Chosun Ilbo berkata, Kim Hyok Chol yang mengusahkan kerja-kerja lapangan bagi mesyuarat Hanoi disamping mengiringi Jong-un dalam kereta api peribadi Jong.

Hyok Chul ditembak kerana ‘mengkhianati ketua pemimpin agung’ selepas beliau berpihak kepada AS ketika rundingan pra puncak.

Tambahnya, Hyok Chol dijatuhkan hukuman pada Mac di Lapangan Terbang Mirim bersama empat pegawai kanan Kementerian Luar.

Sementara itu, Setiausaha Negara, Mike Pompeo memberitahu, Washington sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan kejadian berkenaan. - AFP