Kebiasaannya, bagi keputusan ujian kanser biasa mengambil masa dua ke tiga hari manakala kes kompleks sehingga 10 hari.

South China Morning Post melaporkan, disebabkan kelewatan keputusan tersebut, kanser servik wanita itu, Zhang Lijuang telah metastasis hingga merebak ke saluran darah menyebabkan perlu menjalani kemoterapi dan histerektomi.

Bagaimanapun, klinik itu memberitahu, mereka hanya mempunyai seorang kakitangan untuk menguruskan keputusan pesakit malah menekankan bahawa kesilapan dibuat hanya ‘kecacatan kecil dalam tugas’ lantas mengundang kritikan.

Lijuang berusia awak 30an telah menjalani ujian pemeriksaan kanser servik dan buah dada di klinik itu pada Mei tahun lalu.

Menurut laporan China News Service, pihak klinik menerima keputusan positif bagi ujian calitan pada Jun lalu namun kanser hanya pada September.