Lapor Arab News, prosedur itu dilakukan pada setiap tahun sebelum musim haji sebagai usaha melindungi Kiswah, terutamanya ada di antara jemaah menyentuh serta menarik kelambu ber­kenaan semasa mengeli­lingi Kaabah.

Menurut Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Ahmad bin Muhammad al-Mansouri, di­­anggarkan seramai 50 pe­tugas dan pakar bertanggungjawab menukar dan menaikkan kain tersebut.

Jelas beliau, prosedur itu juga dilakukan bagi mengelak sesetengah jemaah me­lakukan perkara atau kepercayaan yang salah.

“Kiswah yang asal akan diturunkan semula selepas musim haji selesai,” kata Ahmad.

Kelambu Kaabah dihasilkan di Kompleks Raja Abdul Aziz yang mempunyai lebih 200 petugas dan mesin jahit terbesar di dunia.

Kain sutera hitam itu dihasilkan daripada kepingan kain yang besar dengan setiap satunya berukuran 10 sentimeter le­bar dan 14 meter panjang. – AGENSI

DUBAI 20 Julai

Bahagian bawah kelambu Kaabah atau Kiswah dinaikkan setinggi tiga meter sebagai persediaan menjelang musim haji tidak lama lagi dan digantikan dengan kain putih.

Lapor Arab News, prosedur itu dilakukan pada setiap tahun sebelum musim haji sebagai usaha melindungi Kiswah, terutamanya ada di antara jemaah menyentuh serta menarik kain hitam berkenaan ketika mengelilingi Kaabah.

Menurut Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Ahmad bin Muhammad al-Mansouri, dianggarkan seramai 50 petugas dan pakar bertanggungjawab menukar dan menaikkan kain tersebut.

Jelas beliau, prosedur itu juga dilakukan bagi mengelak sesetengah jemaah melakukan perkara atau kepercayaan yang salah.

“Kiswah yang asal akan diturunkan semula selepas musim haji selesai,” kata Ahmad.

Kelambu Kaabah dihasilkan di Kompleks Raja Abdul Aziz yang mempunyai lebih 200 petugas dan mesin jahit terbesar di dunia.

Kain sutera hitam itu dihasilkan daripada kepingan kain yang besar dengan setiap satunya berukuran 10 sentimeter lebar dan 14 meter panjang. – AGENSI