Setiausaha Dalam Negara Filipina, Eduardo Ano berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan oleh Amerika Syarikat (AS) membuktikan Owaida Marohombsar, merupakan seorang daripada empat militan yang terkorban dalam insiden berbalas tembakan pada 14 Mac lalu berdekatan pekan Tubaran, wilayah Lanao del Sur.

Lapor Bangkok Post, ketika serangan di Marawi, Marohombsar terselamat meskipun kebanyakan ketua militan sewaktu itu terbunuh. - AGENSI