Lapor Al-Jazeera, Epstein, 66, yang merupakan bekas pengurus dana lindung nilai dan mempunyai banyak kenalan dengan individu berpengaruh di dunia, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Satu sesi pendengaran bagi ikat jamin ditetapkan pada Khamis ini.

Dalam pada itu, pendakwa meminta agar Epstein ditahan sehingga perbicaraannya selesai kerana beliau dilihat mungkin berisiko untuk meninggalkan negara.

Epstein ditahan di sebuah lapangan terbang di New Jersey minggu lalu dan didakwa dengan satu kes pemerdagangan seks dan satu kes konspirasi pemerdagangan seks. - AGENSI