Menurut Arab News, persetujuan itu ditandatangani kesemua negara terlibat sempena Kongres Angkasa Lepas Global di sini, minggu lalu.

Proses SSC akan berjalan selama 15 tahun dan dibentang kepada majlis jemaah menteri Arab Saudi akhir tahun ini, merangkumi kerja-kerja pemantauan, navigasi dan komunikasi satelit, penerbangan ke angkasa lepas, penyelidikan serta eksplorasi saintifik.- AGENSI