Ketika kejadian itu, sembilan pekerja dilaporkan terperangkap dalam tangki penyesuaian kumbahan kilang berkenaan.

Anggota bomba berjaya menyelamatkan mereka dan dihantar ke hospital.

Namun tujuh orang maut selepas rawatan perubatan gagal dan dua lagi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kerajaan tempatan sedang menyiasat punca insiden tersebut. - BERNAMA