Menurut Superintenden Wilfred Wong Ho-hon, bom tangan tersebut telah selamat diletupkan selepas ditemukan di kilang keropok Calbee.

“Bom tangan ini berada dalam keadaan tidak stabil kerana telah cuba digunakan dahulu namun tidak berjaya.

“Pegawai pemusnah bom membungkus bom tangan dalam saliran di kilang berkenaan sebelum meletupkannya,” katanya. - AFP