Analisis itu berdasarkan Indeks Kemiskinan Multidimensi Kanak-kanak (MPI Kanak-Kanak), metodologi yang baharu dibangunkan untuk mengukur pelbagai kekurangan yang dihadapi oleh kanak-kanak melampaui kemiskinan kewangan di Thailand mendapati kadar kemiskinan kanak-kanak bermultidimensi lebih tinggi di kawasan luar bandar, 23 peratus daripada kawasan bandar, 19 peratus.

Thailand, salah satu negara pertama di dunia yang membangunkan kajian terhadap kanak-kanak yang berfokus kepada MPI, satu metodologi untuk mengukur pelbagai kekurangan yang dihadapi oleh kanak-kanak di melampaui kemiskinan kewangan di Thailand.

Menurut kenyataan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Thailand, kajian itu mendapati kadar kemiskinan kanak-kanak tertinggi yang terdapat di wilayah timur laut dan diikuti oleh wilayah utara, manakala kadar terendah adalah di Bangkok.

“Pemacu kemiskinan multidimensi ini berbeza-beza mengikut rantau dan wilayah, bergantung kepada konteks termasuk kekurangan dalam pembelajaran dan pendidikan, seperti tidak terlibat dalam aktiviti pembelajaran dengan penjaga atau tidak menghadiri sekolah, menyumbang kepada kemiskinan kebanyakan kanak-kanak (42 peratus) diikuti oleh pemakanan (15 peratus).

“Di wilayah Satun, kekurangan pendidikan dan pembelajaran menyumbang kepada kemiskinan kanak-kanak pada kadar 57 peratus lebih tinggi. Kekurangan dalam dimensi kesihatan merupakan pemacu utama kemiskinan multidimensi di rantau timur laut, “katanya.

Analisis itu mendedahkan bahawa Mae Hong Son dan Tak adalah dua wilayah yang mempunyai keparahan tertinggi dalam kemiskinan di kalangan mereka yang miskin secara multidimensi.

Kajian itu memperlihatkan penurunan yang ketara dalam kemiskinan kanak-kanak antara 2005 dan 2016, baik dari segi kadar kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan multidimensi, dan juga yang tegar.

“Ia mencerminkan kemajuan yang luar biasa Thailand dalam mengurangkan kemiskinan kanak-kanak dalam semua dimensi sepanjang dekad yang lalu. Memandangkan Thailand menjadi masyarakat penuaan, meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak akan menyumbang kepada kualiti modal insan pada masa akan datang, “katanya.

MPI kanak-kanak dibangunkan di bawah perkongsian Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDC) dan UNICEF Thailand dengan sokongan teknikal dari Kemiskinan Oxford dan Inisiatif Pembangunan Manusia dan Kemiskinan Oxford (OPHI), Universiti Oxford.

MPI kanak-kanak, berdasarkan penggunaan data dari 2015-2016 Multiple Indicator Cluster Survey (MICS), dengan mengambil konsep kemiskinan yang lebih luas dan lebih komprehensif daripada kemiskinan kewangan semata-mata.

Analisis ini mencerminkan empat bidang kekurangan yang dihadapi oleh anak-anak: pendidikan, kebajikan kanak-kanak, taraf hidup dan kesihatan.

Wakil UNICEF untuk Thailand Thomas Davin, mengalu-alukan alat baru yang meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah analisis kemiskinan.

MPI Kank-Kanak merupakan alat penting untuk mencapai prinsip untuk tidak meninggalkan sesiapa pun di bawah usaha-usaha Matlamat Pembangunan Mampan.

“Ia membentangkan data yang boleh dipercayai untuk mengenal pasti kanak-kanak yang paling lemah, dengan menawarkan maklumat terperinci tentang kemiskinan dalam pelbagai dimensi yang melampaui pendapatan monetari, seperti pendidikan dan kesihatan. Dengan adanya data asas untuk Thailand memberikan kita semua titik permulaan yang luar biasa dan akan membimbing proses belanjawan dan pembuatan dasar negara.

“UNICEF komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi untuk terus memperkuatkan dasar dan program bagi memastikan tidak ada anak di Thailand yang perlu hidup dalam kemiskinan, dalam apa juga bentuk atau dimensi,” katanya. -BERNAMA