Pulau Thitu atau Pag-asa berada di bawah taklukan Filipina, tetapi dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sekurang-kurangnya 275 kapal nelayan dan pengawal pantai China dilihat di kawasan berkenaan.

“Kehadiran kapal China berdekatan dan sekitar Pag-asa adalah haram. Tindakan seperti tiu jelas sekali melanggar kedaulatan Filipina,” kata Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) dalam satu kenyataan dikeluarkan. - AFP