Penerbangan Aeroflot SU1492 berlepas dari Lapangan Terbang Sheremetyevo menuju ke Murmansk semalam namun pesawat itu berpatah balik ke lapangan terbang itu dan terhempas semasa mendarat serta terbakar selepas juruterbang melaporkan kecemasan.

Aeroflot dan Jawatankuasa Siasatan Rusia melancarkan siasatan berhubung nahas dan beberapa teori mula muncul antaranya jet itu disambar kilat.

"Ia berkemungkinan namun agak mustahil," kata pakar penerbangan, Jacques Aster kepada portal RT.

Tambahnya, walaupun berlaku ribut petir ketika kejadian,namun pesawat dibangunkan agar tahan panahan kilat dan mendakwa nahas berpunca daripada kegagalan sistem elektrik.

Pendapat Aster disokong seorang lagi pakar penerbangan, Sultan Hali yang mendakwa kegagalan elektrikal menyumbang kepada nahas itu. - AGENSI