Jurucakap Bomba dan Kecemasan New Zealand, Peter Reinhard memberitahu pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden tersebut sekitar 2.15 petang (waktu tempatan) hari ini.

Katanya, dua anggota dari jabatan bomba Greerton dan Tauranga berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

“Mujur kediaman tersebut dilengkapi alat pengesan kebakaran dan insurans bencana,” ujarnya.