Lapor Bangkok Post, polis yang menerima laporan aekitar 1.35 petang memberitahu rompakan itu berlaku di kedai Hangthong Suthada, dekat sini.

Hasil siasatan polis mendapati rompakan berkenaan dilakukan tiga lelaki dan dua wanita.

Pemilik kedai memberitahu perompak memasuki premis berkenaan dengan membawa senjata api sebelum melarikan semua barangan kemas di kedai itu.

Timbalan Ketua Polis Songkhla, Seksan Churangsarit memberitahu perompak cuba merosakkan kamera litar tertutup yang dipasang di kedai berkenaan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah van.

Dalam pada itu, polis percaya van yang digunakan untuk melarikan semua hasil rompakan itu merupakan kenderaan curi.- AGENSI