Kapal kargo Senshomaru dan Sumihomaru bertembung antara satu sama lain kira-kira pukul 2.10 pagi waktu tempatan semalam di perairan Pasifik, luar wilayah Chiba.

"Senshomaru dilihat karam di tempat kejadian. Bot peronda Pengawal Pantai Matsushima berjaya menyelamatkan kapten Senshomaru," kata pegawai Pengawal Pantai, Hiromitsu Kawaguchi.

Senshomaru kemudiannya dijumpai karam di dasar laut pada kedalaman 30 meter berdekatan kawasan kejadian dan seorang krew kapal yang hilang dijumpai dalam kapal terbabit. - AFP