Pengarah Tabung Darurat Ka­nak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi Asia Ba­rat dan Afrika, Geert Cappelaere berkata, ang­ka tersebut adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan, iaitu tujuh juta kanak-kanak di negara bergolak itu.

“Pendidikan di Yemen ber­depan krisis apabila bangunan sekolah musnah serta kekura­ngan bahan-bahan pembelajaran akibat perang.

ANTONIO GUTERRES mengesahkan kira-kira 80,000 kanak-kanak berusia
ANTONIO GUTERRES

“Kebanyakan sekolah-se­kolah di sini tidak selamat diduduki kerana rosak teruk, digunakan berperang atau didiami keluarga-keluarga yang terbiar,” katanya seperti dilaporkan Press TV.

Tindakan agresif dilakukan Arab Saudi turut mengancam nyawa kanak-kanak Yemen sejak 2015.

Bulan lepas, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, berpuluh-puluh ribu kanak-kanak di bawah usia lima tahun di negara tersebut me­ninggal dunia akibat kebuluran semenjak Arab Saudi dan sekutunya melancarkan perang di negara itu.

“Perang yang berlaku bukan dicetuskan oleh kanak-kanak, namun mereka adalah golongan yang paling teruk menerima kesannya. Kira-kira 360,000 kanak-kanak di Yemen meng­alami masalah kekurangan nutrisi yang teruk, berjuang untuk hidup setiap hari.

“Sumber boleh dipercayai memberitahu kira-kira 80,000 kanak-kanak berusia bawah lima tahun mati akibat kebuluran,” jelasnya.

Pada masa sama, Guterres memberi amaran tahap kesihatan dan kemanusiaan di Yemen dijangka akan menjadi lebih teruk.

“Separuh daripada kemudahan kesihatan di sini sudah tidak berfungsi manakala lebih 20 juta penduduk terputus bantuan kesihatan. Pada 2017, penduduk Yemen berdepan krisis kesihatan ekoran penularan wabak kolera yang diakibatkan oleh kekurangan sumber air bersih.

“Kira-kira 18 juta warga negara ini masih tidak mendapat sumber air bersih,” tambahnya.