Ketua Bahagian Neurologi, Hospital Perubatan Kolenchery, Dr. G. Sreekumar memberitahu kanak-kanak tersebut kini koma dan sedang dirawat di hospital berkenaan.

Kanak-kanak malang itu dan adiknya yang berusia empat tahun diserang lelaki yang dikenalpasti sebagai Arun Anand, 36.

Susulan kejadian itu, Anand ditahan polis dan bakal berdepan dakwaan cubaan membunuh.-AGENSI