Bandar itu yang terletak 150 kilometer di utara Lusaka merupakan sebuah kawasan yang cukup tercemar kerana berlakunya aktiviti perlombongan selama berpuluh-puluh tahun.

Pemantau hak kemanusiaan menerusi satu laporan mendedahkan terdapat sisa pencemaran pada tahap ekstrem dan kanak-kanak secara berterusan terdedah dengan sisa toksik yang mencemari kediaman, sekolah dan taman permainan di kawasan tersebut.

"Kerajaan Zambia sedar hakikat bahawa Kabwe berdepan pencemaran teruk namun usaha pembersihan yang dilakukan sejak 1990 masih tidak memadai.

"Ini adalah situasi kecemasan tetapi kerajaan masih perlahan dalam tindakan mereka," katanya.- AFP