CNN Indonesia melaporkan, Jokowi bagaimanapun masih melakukan perbincangan untuk menentukan wilayah yang akan dipilih sebagai lokasi pusat pentadbiran menggantikan Jakarta.

Perkara itu disahkan beliau semasa mesyuarat tertutup mengenai pemindahan ibu kota yang diadakan di sini, hari ini.

Kata beliau, lawatan ke lokasi telah dilakukan dan menetapkan untuk memilih Kalimantan sebagai pusat pentadbiran yang baharu.

“Pilihan sudah jelas bahawa ibu kota negara akan dipindahkan ke Kalimantan namun wilayahnya masih belum ditetapkan lagi,” katanya.

Tambah Jokowi lagi, Badan Perencanaan Pembangunan Nasional bekerjasama dengan Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat untuk memilih wilayah yang berpotensi seperti Kalimantan Tengah, Kalimantan Timur dan Kalimantan Selatan.

“Pemilihan akan diputuskan setelah dijelaskan secara lebih mendalam,” jelasnya.– AGENSI