The Moscow Times melaporkan, wilayah-wilayah yang mempunyai majoriti penduduknya beragama Islam seperti Caucasus Utara dan Tatarstan diketahui mempunyai kadar kelahiran yang tertinggi di negara ini.

Pelbagai anggaran yang menunjukkan penduduk Islam di Rusia kini antara 14 hingga 20 juta orang atau 10 hingga 14 peratus daripada jumlah rakyat negara ini yang pada tahun lalu seramai 146.8 juta orang.

Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Ravil Gainutdin berkata, jumlah populasi muslim di negara ini akan meningkat menjadi 30 peratus dalam tempoh 15 tahun. -AGENSI