Menurut Reuters memetik Setiausaha Kewangan, Paul Chan sebagai berkata, protes anti kerajaan yang berlaku memberi kesan besar terhadap industri pelancongan, peruncitan dan perhotelan.

Hotel di beberapa lokasi menyaksikan penurunan jumlah tetamu kepada kira-kira separuh manakala kadar bilik merosot sebanyak 40 hingga 70 peratus.

"Perkara yang paling membimbangkan adalah tiada tanda-tanda keadaan ini akan menjadi lebih baik," kata Chan dalam blognya semalam. - AGENSI