Pemprotes mengetuk periuk dan membunyikan hon kenderaan disamping sepanduk besar meminta Maduro berundur.

Menurut Guaido, mereka akan mempunyai sokongan angkatan tentera sepenuhnya.

“Kita akan mencari pejabat saya di Miraflores, tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu Pendakwa Raya negara, Tarek William Saab memberitahu, beliau akan meletakkan Guaido dalam siasatan dakwaan penglibatan terhadap sabotaj grid elektrik Venezuela.

Ia merupakan tindakan kerajaan yang pertama terhadap Guaido yang disokong Amerika Syarikat (AS) sejak pulang ke Venezuela minggu lalu.