Kompas melaporkan, Jokowi memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi membangunkan negara ini ke peringkat tertinggi.

“Adalah sukar untuk kami (parti pemerintah) membangunkan Indonesia sendirian, kami juga memerlukan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Dalam pilihan raya legislatif yang lalu, Gerindra memperoleh jumlah undian ketiga tertinggi iaitu sebanyak 12.57 peratus.

Namun, Jokowi menekankan bahawa prinsip yang akan diguna pakai adalah bersifat musyawarah atau muafakat bagi mewujudkan situasi pentadbiran telus.

Dalam perkembangan lain, Jokowi tidak melarang jika dua anak lelakinya, Gibran Rakabuming Raka dan Kaesang Pangarep menceburi bidang politik. – AGENSI