Inquirer melaporkan, majlis tersebut berlaku beberapa jam selepas Anugerah Muzik Billboard yang mana Jonas bersama Nick dan Kevin mempersembahkan secara ‘medley’ lagu mereka, hari ini.

Lokasi perkahwinan pasangan itu di Little White Chapel, Las Vegas dengan artis pengajuk, Elvis menjalankan majlis berkenaan.

Deejay dan penerbit rekod, Diplo telah membuat berkongsikan video majlis itu secara langsung menggunakan Instagram Stories.

Jonas seorang penyanyi dan Turner yang membintangi drama bersiri, Game of Thrones sebagai Sansa Stark bertunang pada 2017.

Tahniah dan selamat berkahwin kepada pasangan selebriti, Jonas dan Turner.