AFP melaporkan, Toshimitsu Motegi dilantik sebagai Menteri Luar yang baharu mengantikan Kono Taro, yang ditukar ke Kementerian Pertahanan, susulan kejayaan Motegi ketika mengendalikan rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Dalam pada itu, anak lelaki bekas perdana menteri, Junichiro Koizumi, Shinjiro Koizumi, 38, dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar. Koizumi yang memenangi pilihan raya Dewan Rakyat pada 2009, sering menjadi pilihan utama untuk menggantikan Abe.

Koizumi adalah menteri ketiga paling muda yang dilantik menganggotai Kabinet Jepun sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, di sebuah negara yang mengutamakan faktor kekananan dalam politik.

Abe bakal menjadi Perdana Menteri Jepun yang paling lama berkhidmat pada November ini, tetapi beliau dijangka meletakkan jawatan dalam pemilihan PArti Liberal Demokratik (LDP) pada 2021, dan saingan bagi merebut jawatan itu dilaporkan sudah bermula. -AFP