Modi, 68, akan bertanding dan AFP melihat bagaimana beliau menyampaikan janji ekonomi dibuat pada penggal lalu.

Golongan belia mengundi Modi pada 2014 selepas beliau menyatakan akan mencipta 10 juta peluang pekerjaan setahun.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka masih kecewa dan menganggur.

Laporan akhbar baru-baru ini menyatakan bahawa laporan rasmi yang disembunyikan kerajaan Modi menunjukkan kadar pengangguran adalah tertinggi ketika ini sejak 1970an.

Pada tahun lalu, 19 juta orang memohon pekerjaan bagi 63,000 jawatan di Syarikat Indian Railways.

Pihak pembangkang telah menggunakan pengangguran sebagai salah satu isu utama dalam kempen dengan Ketua Kongres, Rahul Gandhi menyerang Modi bagi mewujudkan ‘bencana negara’.

Menurut penganalisis, ekonomi gagal berkembang pada kadar diperlukan bagi satu juta warga India yang menjadi tenaga kerja setiap bulan. - AFP