Menurut Pengerusi Persatuan Kontraktor Pembinaan (RCA), Eran Siv, bangunan di selatan Israel adalah lebih mudah terjejas berbanding bangunan di tengah Israel.

“Kebanykan rumah mempunyai atap genting, jadi kerosakan dalam kes serangan langsung atau meskipun roket jatuh di kawasan berhampiran, adalah lebih dahsyat berbanding bangunan yang mempunyai bumbung konkrit.

“Atap genting tidak menghalang roket daripada memasuki bangunan, jadi kerosakan terhadap struktur dan dalam apartmen adalah lebih besar,” kata Siv seperti dipetik oleh Jews News Syndicate. - AGENSI