Seorang koresponden AFP di wilayah ini melaporkan, beliau mendengar bunyi letupan kuat ketika waktu malam semalam.

Menurut agensi berita SANA, peluru berpandu itu disasarkan ke arah kawasan berdekatan Damsyik dan Homs.

“Pertahanan udara kami berdepan dengan peluru berpandu musuh yang dilancarkan oleh pesawat perang Israel ke arah kubu kami di Homs dan Damsyik,” kata sumber tentera seperti dipetik oleh SANA. - AFP