Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu

Agensi berita Al-Jazeera melaporkan, angka tersebut yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Pusat Israel juga menunjukkan pem­binaan itu merupakan antara tertinggi dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti-Israel, Peace Now mendakwa, sebanyak 14,017 unit telah mula dibina ketika Perdana Menteri, Benjamin Ne­­tanyahu kembali memegang tampuk pemerintahan pada 2009.

“Peningkatan mendadak dalam pembinaan penempatan memberi mesej jelas kepada rakyat Palestin dan masyarakat antarabangsa bahawa Israel tidak berminat untuk menyelesaikan konflik,” katanya.

Pembinaan secara haram yang berterusan dilakukan oleh rejim Israel dilihat sebagai mencabul undang-undang antarabangsa dan menghalang sebarang proses da­mai kerana sengaja dibina di atas tanah rakyat Palestin.

Sebelum ini pelbagai negara dan badan antarabangsa terma­suk Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) serta beberapa negara lain mengkritik pembinaan penem­pa­tan baharu oleh Israel.

Tindakan itu juga dilihat sebagai tidak memberi sebarang penyelesaian kepada konflik yang telah berabad lama.

Netanyahu juga sudah berkali-kali menyatakan niat untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan penempatan haram dengan lebih giat lagi.

Pada Mac 2015, sehari sebelum rakyat Israel melantiknya kembali, beliau berikrar akan memastikan tiada penubuhan negara Pa­lestin di bawah pemerintahannya.

Sejak Donald Trump menja­wat jawatan Presiden AS, Israel pada masa yang sama meluluskan sekurang-kurangnya 566 unit rumah di tiga kawasan penempatan di Baitulmaqdis Timur selain meng­umumkan pembinaan lebih 2,502 unit lagi di Tebing Barat tahun ini.