AFP yang memetik sumber CNN melaporkan bahawa bot Iran tersebut mengarahkan kapal tangki Heritage menukar laluan dan berlabuh di kawasan perairan Teheran.

Insiden itu dikesan oleh sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat yang kemudiannya memaklumkan kepada Kapal HMS Montrose.

Kapal tentera tersebut mengiringi Heritage dan berjaya mengusir bot Iran berkenaan. - AFP