Menurut Menteri Maklumat Yemen, Moammar al-Eryani, kumpulan pemberontak Houthi melepaskan tembakan ke arah pasar terbabit.

"Serangan itu dilancarkan oleh Houthi ke arah pasar Al Thabet, merupakan tindakan pengganas untuk membunuh rakyat Yemen dan puak Al Thabet," kata jurucakap tentera pakatan Arab Saudi, Turki al-Malki seperti dipetik oleh Reuters. - AGENSI