Lapor Reuters, perkara itu didedahkan oleh Institut Polisi Strategik Australia (ASPI) menerusi analisis imej satelit yang menunjukkan tiada tanda-tanda pembinaan semula penempatan untuk pelarian.

"Kemusnahan kawasan kediaman yang berterusan sepanjang 2018 dan 2019 - jelas dikesan menerusi analisis satelit kami, sekali gus menimbulkan persoalan serius tentang kesudian kerajaan Myanmar untuk memudahkan proses penghantaran pulang yang selamat dan teratur," kata salah seorang penyelidik di Pusat Polisi Siber Antarabangsa ASPI, Nathan Ruser dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Lebih 700,000 orang etnik Muslim Rohingya terpaksa melarikan diri ketika operasi penghapusan etnik di negeri Rakhine pada 2017. - AGENSI