Tribunnews melaporkan, tin­dakan Sahnun atau lebih­ mesra dengan panggilan Ne­nek Sahnun, 60, membuatkan banyak pihak terharu.

Nenek Sahnun dari Narma­da, Lombok Barat hidup se­ba­tang kara dan sering me­numpang tidur di sebuah gerai dan mencari serta mengutip sampah setiap hari untuk dijual bagi mendapatkan duit.

Wanita itu memperoleh pendapatan antara 20,000 rupiah (RM5.84) hingga 50,000 rupiah (RM14.60) hasil me­ngutip sampah setiap hari.

Berdasarkan satu program yang disiarkan dalam saluran Youtube Indosiar, wanita tersebut memaklumkan dia mengumpul wang berkenaan selama lima tahun untuk di­sedekahkan buat ibadah korban.

Difahamkan, derma wanita itu diserahkan kepada petugas masjid dan dapat membeli seekor lembu bersaiz sederhana.

Biarpun berpenampilan ba­­­ju lusuh, penduduk tempatan memaklumkan Nenek Sahnun mempunyai kepe­ribadian yang baik, jujur dan ikhlas. – AGENSI