Lapor Mail Online, hotel yang diberi nama Stesen Angkasa Von Braun itu direka oleh Tim Alatorre dari Gateway Foundation dan dikatakan mempunyai sistem graviti, dapur, bar serta hiasan dalaman.

Menurut Alatorre, hotel itu dijangka beroperasi menjelang 2025 dan 100 orang dijangka melawatnya pada setiap minggu.

"Tentunya, melancong ke angkasa adalah satu lagi pilihan orang ramai untuk pelancongan mereka, sama seperti menaiki kapal layar atau ke taman tema Disney World.

"Disebabkan kos keseluruhan adalah masih tinggi, ramai orang menganggap pelancongan ke angkasa hanya terhad kepada golongan kaya dan walaupun saya fikir perkara itu benar untuk beberapa tahun akan datang, Gateway Foundation telah mempunyai matlamat untuk menjadikan pelancongan ke angkasa terbuka untuk semua," kata Alatorre kepada Dezeen. - AGENSI