Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kebakaran itu.

Menurut laporan agensi be­rita Ma'an, pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran.

Kebakaran berlaku di sebuah bilik elektrik menyebabkan asap memenuhi tingkap bawah, sekali gus memaksa pihak pentadbiran hotel me­ngarahkan jemaah keluar dari bangunan terbabit.

Ribuan jemaah haji Palestin bertolak dari Semenanjung Gaza ke Mekah tahun ini sambil dibantu oleh Mesir yang membenarkan mereka melalui sempadan Rafah.

Dalam perkembangan berlainan, harga bagi kambing biri-biri meningkat sebanyak 50 peratus manakala peniaga lembu menjangkakan pe­ningkatan harga sebanyak 70 peratus.

Menurut peniaga, harga bagi kambing biri-biri tempatan, al-Harri berharga antara 1,000 hingga 1,500 riyal (RM1,100-1,650) manakala kambing biri-biri Sawakni dari Sudan berharga antara 500 dan 800 riyal (RM550-880).

Selain itu, harga bagi kam­bing biri-biri Baladi yang dilahirkan dan dibesarkan di Arab Saudi berharga antara 800 dan 1,200 riyal (RM880-1,320).

Mereka menyifatkan pe­ningkatan harga terhadap kambing biri-biri dan lembu adalah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan penurunan permintaan haiwan import.

Menurut Kementerian Alam Sekitar, Air dan Agrikultur, produk import dan tempatan berjumlah 25.4 juta ekor kambing tahun lalu. –AGENSI