Lapor Detik, Ida Fitri, 44, yang merupakan pemilik akaun Facebook Aida Konveksi, ditetapkan sebagai suspek selepas pihak polis menjalankan siasatan selama dua hingga lima jam terhadapnya.

Ketua Polis Residen Kota Blitar, Adewira Negara Siregar berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Ida untuk memanggilnya untuk disoal siasat sekali lagi.

“Setelah kes disiasat, individu berkenaan kini digelar sebagai suspek kerana memenuhi unsur-unsur dalam undang-undang informasi dan transaksi elektronik,” katanya kepada Detik, semalam.- AGENSI