Tertuduh, Premchai Karnasuta, bagaimanapun boleh dibebaskan bergantung kepada keputusan rayuan.

Premchai yang merupakan pemilik syarikat projek infrastruktur besar, ditahan oleh renjer di taman negara pada Februari tahun lalu.

Beliau dan tiga lagi ditahan selepas renjer menyerbu tempat perkhemahan mereka dan menjumpai beberapa pucuk senjata serta beberapa bangkai haiwan.

Pemandu peribadi dan tukang masaknya yang turut ditahan bersama Premchai, menerima hukuman lebih ringan manakala pemandu pemburunya dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun dan lima bulan. - AFP