Lapor Press TV memetik pemimpin terbabit, Yahya Sinwar sebagai berkata, pihaknya akan menumpaskan tentera Israel sekiranya rejim berkenaan mencetuskan konflik di wilayah itu.

"Kami akan mengalahkan rejim Zionis sekiranya mereka memasuki Semenanjung Gaza. Kami tahu apa yang kami kata dan maksudkan apa yang kami cakapkan.

"Sekiranya Israel melancarkan kempen di Gaza, kami akan serang bandar mereka dengan ratusan peluru berpandu," kata Yahya dalam ucapannya kepada keluarga-keluarga Palestin di Khan Younis, selatan Gaza. - AGENSI