Times of India melaporkan, guru berusia 38 tahun yang mengajar di Sekolah Kerajaan S. Uduppam, Namakkal itu dikatakan mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya yang bekerja di sebuah pusat penjagaan berhampiran selepas waktu persekolahan.

Penduduk yang menyedari kejadian itu dilaporkan berang dan bertindak membelasah guru berkenaan sebelum kedua-dua mereka diserahkan ke Balai Polis Puduchatram untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, guru besar sekolah itu, K. Jayaraj memberitahu, guru berkenaan bakal diambil tindakan tatatertib atas tindakan terkutuk itu.

Sementara itu, pihak sekolah juga telah menghantar notis kepada pusat penjagaan, tempat teman wanita lelaki itu bekerja supaya mengambil tindakan ke atas wanita itu. -AGENSI